Monday, September 21, 2009

Cerpen: Menteri
Oleh Daeng Ramliakil



Ruh Menteri itu memprolog: Bismillahirrahmanirrahim. Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya jualah kita hidup – ada ruh dan ada jasad, ada akal dan perasaan, ada yang Islam dan ada yang engkar kepada Allah swt., serta Rasulullah, dengan ini kita dapat mengenali ciptaan-Nya yang pelbagai, dengan itu kita menjadi semakin bijaksana – hidup di atas landasan ilmu lalu memilih cara gaya kehidupan yang menyelamat-kan ruh serta jasad kita serta insan yang kita kasihi – ibu bapa, keluarga keturunan, sahabat dan kenalan.
Pengalaman termasuk ke dalam kategori pencarian ilmu, andai kata kita memilih dan memperuntukkan masa untuk mengingati, mengkaji dan menilainya.
Karya sastera termasuk ciptaan yang mengandungi pengalaman pemikiran dan perasaan manusia, juga makna pengalaman yang boleh dikongsi untuk menyaring ilmu – yang barangkali pahit tetapi itulah ubat jiwa. Karya sastera semestinya atau wajib berpemikiran dan tahapnya berada di tahap kedua iaitu di bawah karya agung lagi suci yang berada di tahap pertama– kitab-kitab yang mengandungi firman Allah swt., seumpama Zabur, Taurat, Injil dan Qur’an.
Tentunya karya-karya sastera bukan cerita yang membuai perasaan yang meletakkan pembaca ke tahap barangan yang diperniagakan atau manusia yag berotak lemah atau tumpul [hingga mudah kuasa syaitan menakluk] tetapi kaya dengan perasaan; yang sekaligus menjutawan-kan pengarang.
Selamat berfikir dan menyelamatkan diri.


MENTERI itu menjerit-jerit. Laut di sekelilingnya ikut menjerit, bersuara jauh lebih kuat.
‘Duniaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Mengapa kau tipu aku???????????????????????????????????’
Segera dijawab ombak, ‘Menteriiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!
Mengapa kalian sering khianat?????????????????’
Sang Menteri terkejut, gamam dan terketar-ketar.
Dia bimbang, kalau-kalau bot yang dinaikinya menjerit pula. Kelak, dicampaknya ke laut, baru padan mukanya.
Benar, bot bersuara, ‘Menteri, aku tanya kamu dengan bahasa yang kaufahami, bahasa Melayu, kerana aku tahu, bahasa Inggeris kamu bukannya lancar, tapi dek bahlol bin dungu kau dan para pandir yang lain, mahu membunuh iman Melayu.’
Ragu-ragu sekali menteri itu. Menjawab melawan nanti ditenggelamkan. Mengikut, kelak diri dihina.
Begini, kawanku, ombak. Kami tidak merosakkan apa-apa, apa lagilah bangsa kami sendiri. Jika ada sesiapa berpendapat negatif, kami tidak bersetuju. Kami ikhlas mahu memajukan bangsa sendiri.
Dengan khianat? Bukankah kamu kumpul harta daripada elaun setahun hingga hampir sejuta ringgit, kemudian, curi lagi, tipu lagi, seterusnya, tidak pernah serik, pura-pura baik, pura-pura mulia, pada hal, kamu dan kawan-kawan kamu itu ialah sehina-hina manusia!!!!!!!!!!!
Janganlah kata begitu, kawan. Saya datang menemuimu sekarang. Lihat, ada orang lain seperti saya, sanggup bersusah-payah menemuimu? Saya datang juga walau pun tiada seorang polis pun berani bertugas mengiringi saya ke sini.
Kamu hanya memuji diri yang tidak perlu kudengar di sini. Jika begitu cara kalian di depan rakyat, alamat hancur dunia kebijaksanaan manusia.
Berkerut dahi menteri itu. Dia bimbang kalau-kalau bot itu sudah siapsiaga mencampaknya ke laut.
Jika aku mencampakkan kau ke laut, bagaimana?
Errrr, nanti, nanti dulu. Saya perlu tahu, alasan. Alasannya. Saya tidak bersalah kepadamu.
Tapi, kau bersalah kepada negara. Sultan mahu duit, kau ikut macam lembu dicucuk hidung. Jual semua, termasuk imanmu. Jadi, kali ini, kau dikategorikan sekumpulan dengan raja-raja, pencuri-penipu itu, pengkhianat itu, penjenayah itu, yang bukan lagi sukar dikenali. Sebaliknya, dalam kerajaan sendiri, termasu kamu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Laut Cina Selatan bergelombang. Bot oleng-olengan. Dan, hati menteri berpancar taufan menggila. Tidak pula dia terbayang rupa ombak ‘tsunami’ yang memamah ratusan ribu makhluk.
Dalam masa lapan minit!
Dan, katanya, kejadian akan berlaku lagi di mana-mana negara yang menjadi lokasi kezaliman berganda.
Dan, menteri itu berasa dirinya sudah berada di dalam kubur yang bukan diperbuat daripada tanah, melainkan air.
Air kesemuanya.
Jasadnya, teroleng-oleng di dalam laut. Ada ikan memagut, koyak sebahagian. Ikan lain mendekati, koyak lagi sebahagian. Datang jerung, habis putus jasad yang berbaju berbutang emas dan seluar berzip emas itu.
Menteri itu menjerit. Suara tidak pula kedengaran di Malaysiana.
Mengapa aku saja menteri undang-undang yang kena kali ini!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!??????????
Pada hal, bukan aku seorang yang mencuri harta negara dan harta rakyat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Nyatakan! Jerit jerung. Sebut, siapa yang menipu rakyat tentang seorang adik menteri, ditangkap kerana membawa sekilogram dadah, tetapi apabila polis bertindak, seseorang melindungi penjenayah. Orang lain dihukum gantung sampai mati kerana sekilogram dadah. Adik menteri itu, Cuma masuk lokap di Bentong seketika, lepas itu, bebas! Cis! Cukup mencelakakan dunia kemanusiaan dan keagamaan.
Menteri itu menjerit hingga suaranya hilang.
Menteri itu membayangkan wajah bulat kawan seperbincangannya. Sesegera itu orang itu muncul berjasad. Dapat dilihatnya dengan jelas dan tanpa diduga, terdengar-dengar suara si kawan itu berpuisi.
Firman Allah, solat itu
memang berat diusahakan
kecuali kepada manusia yang khusyu’
dan diri kita abdi dunia abdi keluarga abdi negara
hingga tamat nyawa
merenangi lautan fatamorgana
imej bergelombang dalam lautan api halimunan.

Tamat nyawa lalu pergi terusir bersama angin
jasad disalut kot di tengah banglo keemasan
menunggu jadi bangkai mereput.

Ruh tersedar, tak kita boleh penuhi
kehendak manusia dengan harta bergunung
melainkan dengan senyuman manis jua mulianya
tingkah laku.
Dan, ruh menteri itu pun direntap angin dihumban ke dinding bumi yang keras berbatu kerikil, diseret kumpulan berjuta syaitan, dijadikan abdi.
Itulah, kata hati ruh menteri itu: Inilah yang dinamakan seksa pusara, yang ketika saya hampir mati, tak ditemui mana-mana keterangan sebenar, melainkan tersembunyi sebalik maksud hadis.
Tatkala itulah ruh yang berlembaga bagai angin itu mengalami seksaan yang teramat pedih. Jika diibarat menteri itu Gunung Krakatoa, dia meraung dengan hamburan keladak kenajisan di dalam ususnya, keluar ke alam di luar lembaga ruh.
Andai diibaratkan Lautan Antartik, hatinya meluahkan seribu kali ganda ‘tsunami’ yang pernah menghentam Aceh.
Tiba-tiba, melayah ruh. Ruh yang melihat gamam dan terlonta-lonta mahu menegur. Ruh yang baru tiba, berhenti. Dia menyedari seseorang mahu menyapanya.
Kenal juga rasa-rasanya, bisik hati ruh yang terseksa dan keletihan yang amat sangat. Rasa kenal muncul, tapi, ditindih rasa malu yang amat sangat. Ruh yang mampir, merenung mata. Kedua-duanya menteri. Hati masing-masing berkata-kata.
Aku malu kepadamu.
Oh ya.
Aku jabat jawatan menteri itu hingga akhir hayatku.
Saya berhenti awal. Cuma sepenggal.
Aku tak perasan, sahabat. Kini, aku amat sedar. Rupa-rupanya, menjadi ketua amat berbahaya sesudah kita mati. Dan, pastinya berada di alam barzakh seperti sekarang. Sahabatku, kulihat pada rupa wajah dan tubuh tentu saja tidak diseksa apa pun. Tapi diriku, sahabat tahu sendiri. Rupa dan bentuk ruhku roboh dan berkecai berjuta kali. Ah, dahsyat. Tak pernah aku mengalami seksaan dan atau melihat seksaan atau mengetahui seksaan sehebat ini.
Saya melepaskan jawatan mencelakakan itu awal.
Tapi sahabatku pernah ambil gaji dan elaun menteri juga.
Ya. Tapi yang halal di sisi agama saya saja.
Islam. Saya pun Islam.
Oh ya?
Benar, saya pernah mabuk menogok arak. Pernah makan babi. Pernah menipu dan pernah menerima rasuah. Benar, saya pernah dipanggil PM Ten Percent. Panggilan itu khabarnya disebut beberapa kali oleh beberapa orang pelabur dan menteri Jepun. Tapi, ya…*

2 comments:

Unknown said...

karya serius...isi kritikan yang terbuka dan membina jika pembaca benar-benar memahami mesejnya..

daengramliakil said...

Salam Syadzuwan,
Ulasan saudara menggambarkan pemahaman, skil dan minat.Terima kasih.