Monday, October 12, 2009
Tuesday, September 22, 2009
Monday, September 21, 2009
Cerita Yee Wen 5
Pabila arus angin melingkari hati, sesudah meresapi deria dengar
tercari-cari hati, ke mana mahu melangkah kaki akal
ada ibu, sering mengungkit lidah ringgit
dan bapa, merenung kesunyian, menyuarai kemandirian
dia diganggang kepiluan yang hangatnya
melebihi matahari pagi, yang disedari,
diri nanti tidak tahan diri, pabila panas tengah hari tiba.
Itukah kehidupan, itukah, soalnya dalam lautan kesepian
dia tercari-cari cara, erti diri manusia
ke universiti, kemudian ke mana, masih mencari tali
untuk dipaut, yang rasanya mudah tapi susah
kerana langit dan bumi ekonomi negara kini menipu
kesemuanya, bermula pengguna komoditi, dan menjaga kroni
itulah sekuang-kurangnya dalam hati para menteri itu
tapi tidak, yang kaya dan kroni itulah
yang terjun dari menara yang tinggi, bakal meniarap ke bumi
atau, berkecai.
Dia masih keliru mata, akal dan hati
erti kehidupan di dunia dan hidup setelah mati nanti
yang diajar penuh teka teki, kerana non-muslim, pastinya
tak pernah sejak beribu tahun tunjuk bukti
ada yang hadir ke bumi, hidup dan berperi.
Direnanginya ke sana sini, tatkala sendirian
hatinya tercari-cari suara sebenar
dengan mata hatinya dia melihat syurgawi
yang membawanya menuju Illahi, hanya lelaki yang dikenali
berdiri sebalik diari hati yang luka berkali-kali
dan sejak 2002, ternanti-nanti.
Daeng Ramliakil
21.1.2009 Rabu 4.14 pagi

Subscribe to:
Posts (Atom)